Penyakit penyakit berkaitan rapat dengan stress
Kajian kajian yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak
mendapati stress merupakan faktor penyumbang terbesar kepada penyakit penyakit
berikut :-
·
Masalah jantung
- Masalah tekanan darah
- Stroke
- Kemurungan
- Migraine
- Masalah penghadaman
Dah juga melemahkan sistem imun dan penyembuhan semulajadi
tubuh
Stress berpunca dari sistem pertahanan tubuh yang digelar
fight or flight. Ketika berada dalam keadaan terancam atau merasakan diri
terancam maka sistem pertahanan ini akan menutup beberapa fungsi tubuh dan
menumpukan kepada ‘lawan atau lari’
Dengan erti kata lain tubuh bersedia untuk berlawan atau
berlari dan menghentikan beberapa fungsi yang dirasakan tidak perlu pada ketika
itu seperti penghadaman dan penyembuhan .
Keadaan akan kembali normal apabila otak member isyarat
bahawa tubuh tidak lagi berada didalam keadaan terancam.
Namun dalam keadaan sekarang kita sering berada dalam
keadaan tekanan , dan bila tubuh berada dalam keadaan ‘fight or flight’ dalam
jangkamasa yang panjang maka sistem sistem yang sebenarnya amat penting untuk
tubuh menjadi tidak berfungsi dengan baik .
Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menangani stress
ialah menggunakan kaedah Tafakur Melayu, dimana dengan kaedah Tafakur
Melayu ini diajarkan bagaimana menenangkan
diri dan mengatur gelombang tenaga pada tubuh.
Namun bagi yang terlalu sibuk dan tidak mempunyai waktu
untuk bermeditasi maka adalah dicadangkan sebotol air Tenaga Jannah sehari
untuk tempoh rawatan selama satu atau dua minggu.
Hanya segelas 4 atau 5 kali sehari mampu mengembalikan
keharmonian gelombang electromagnet pada tubuh. Dan juga fadilat dari bacaan
ayat ayat Al Quran dan doa doa mampu menenangkan jiwa dengan cara semulajadi .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan